

(Design by Mohd Safreja Yaacob)


Assalamualaikum Wrt
dan Salam Sejahtera
Kami mengharapkan dengan adanya Portal Biro Akademik PIBG SK Telok Pulai ini dapat memberi kebaikan serta sumber rujukan dan maklumat yang manafaat kepada PIBG, ibu bapa dan guru-guru walau di mana mereka berada.
​
Selamat Melayari PORTAL Biro Akademik PIBG SK Telok Pulai, 41100 Klang, Selangor Darul Ehsan
Terima Kasih.
Biro AKademik PIBG
Kenali Peneraju Biro Akademik PIBG SKTP Sesi 2016/17

MOHD SAFREJA BIN YAACOB
Bertugas sebagai jurutera dalam Department Broadcast & Operations di ASTRO Cyberjaya. Melibatkan diri dengan PIBG sejak tahun 2010. Di amanahkan sebagai Ketua Biro Akademik dan mempastikan Biro dapat bergerak secara berpasukan dan mampu menjayakan setiap projek yang dirancang oleh Biro. Fokus utama adalah bantu ibu bapa, bantu guru dan bantu sekolah agar prestasi akademik meningkat tinggi dan sahsiah terpuji pada setiap murid-murid di SK Telok Pulai.
​
Harapan beliau Pada SKTP:
Semoga SK Telok Pulai menjadi sekolah terbaik pencapaian akademik dan kokurikulum di seluruh Negeri Selangor
​
Mohd Safreja Yaacob

ROS HISHAM BIN HASSAN
Bertugas dalam Management of exploration drilling team dengan Petronas​ Carigali Sdn Bhd. Mula menyertai barisan jawatankuasa PIBG pada tahun 2016. Bersama-sama AJK Biro Akademik yang lain untuk bantu sekolah yang berfokuskan kepada meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid-murid di SKTP ini.
​
Harapan beliau Pada SKTP:
Peningkatan pencapaian yang luarbiasa dalam pepriksaan UPSR
​
Ros Hisham Hassan

DR. NURULL BAHYA BINTI SULIMAN
Merupakan seorang doktor. Bertugas sebagai pakar oftalmologi (subkepakaran: glaukoma) di Kementerian Kesihatan Malaysia. Mula menyertai barisan jawatankuasa PIBG pada tahun 2016. Bersama-sama AJK Biro Akademik yang lain untuk bantu sekolah yang berfokuskan kepada meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid-murid di SKTP ini.
​
Harapan beliau Pada SKTP:
Semoga SKTP dapat melahirkan lebih ramai para ilmuwan dan pemimpin pelapis negara di masa hadapan.
​
Nurull Bahya Suliman